FORMULA JAMU SUSUK
FORMULA JAMU SUSUK ini telah hidup dari zaman sebelum perang dunia ke-2 yang diwarisi turun temurun dukun bidan kampung Delek, Klang Selangor ~ arwah Mbah Roliyah Hj Ali yang telah meninggal dunia sebelum Malaya merdeka
Pembuat JAMU SUSUK DARA adalah cucu beliau Ms. Hanni. Anak kepada Hj Borhan bin Hj Ali anak kepada Mbah Roliyah.
Kepakaran arwah Mbah Roliyah adalah dalam ilmu sakit puan, pengasihan dan pengaman rumahtangga.
Sebelum ini pada tahun 1970an sehingga lewat 1980an kerja kedukunan ini telah diwarisi oleh anak beliau arwah Yusak Hj Ali.
Ketika peninggalan Hj Borhan bin Haji Ali ke rahmatullah, Ms hani telah didatangi dengan peristiwa - peristiwa aneh. Sehingga satu peristiwa Ms Hani mengalami keguguran dan dalam mimpi beliau didatangi 3 org penting iaitu arwah abang beliau arwah Suhari Hj Borhan dengan senyuman. Dalam mimpi itu arwah Hj Borhan meminta Ms Hani untuk meminum air yang sangat pahit dan juga disuruh mengigit buah yang sangat keras serta arwah Mbah Roliyah sendiri menyelimutkan Ms Hani di dalam mimpi dengan daun - daunan.
Sesudah bangun dari tidur dan dengan badan yang masih lemah - lemah Ms. Hani berkongsi pengalaman mimpinya itu dengan suami tersayang. Bermula dari saat itu lah Ms. Hani mendekatkan diri dan mengenali herba - herba untuk kesihatan tapi untuk kegunaan beliau sendiri dengan dibantu dan ditunjuk ajar oleh ibunya Hajah Sanniyah Hj Yusof.
Sehabis pantang dan badan kembali sihat, Ms Hani didatangi rakan - rakan yang mempunyai masalah rumahtangga dan dilema wanita. Sebagai rakan Ms Hani berkongsi pengalaman dan rahsia. Bermula dari sini dan sehingga ke hari ini secara tidak langsung Ms Hani telah terjebak dengan pembuatan jamu di atas permintaan rakan - rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan permintaan tidak terhad dan meluas di kalangan wanita umum tidak kira bangsa, agama dan keturunan.
Dengan ini juga secara tidak langsung membuka peluang menambah pendapatan rakan - rakan wanita. Dan membuka ruang perniagaan kepada usahawan - usahawan wanita di luar sana.
Sehingga ke hari ini kami sedang berusaha memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan khidmat nasihat dan runding cara penggunaan produk, malah usaha pembuatan produk ditingkatkan dengan lebih aktif bagi memenuhi standard kelayakan kerajaan Malaysia ~ insyaallah.
PRODUK SUSUK DARA INI TIDAK ADA PENGGUNAAN KUASA SIHIR ATAU BLACK MAGIC, SEMUA BAHAN YANG DIGUNAKAN ADALAH HERBA HERBA TULEN DAN TIADA BAHAN PENGAWET.
Inilah rahsia jamu warisan sejak tahun 1850an.
No comments:
Post a Comment